Sabtu, 15 Januari 2011

Surah Yunus: Ayat 57-58

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, serta menjadi hidayah (untuk keselamatan) dan sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnian Allah dan rahmat-Nya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (daripada segala perkara yang tidak kekal).”