DARIPADA Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah SAW ketika Baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?†(Hadis riwayat Muslim)
Meninggalkan solat Jumaat adalah perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya fardu ain ke atas setiap individu Muslim.
Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan setimpal dengan dosa yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa yang lain.
Sesungguhnya orang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i seperti orang sakit dan musafir.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain suatu kewajipan dalam beribadat kepada Allah, ia juga adalah satu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.